Bilangan hayunan raket dalam julat tertentu semasa bersenam.
Unit: kali.
Hayunan berterusan
Bilangan hayunan berterusan semasa bersenam.
Unit: kali.
Pukulan depan
Pukulan yang dilakukan dengan genggaman depan.
Pukulan depan mempunyai ciri kelajuan tinggi dan kuasa yang kuat.
Untuk genggaman tangan kanan, titik sentuhan yang ideal adalah di hadapan badan pada sisi kanan, sekitar ketinggian puncak.
Pukulan kilas
Pukulan yang dilakukan dengan genggaman belakang.
Pukulan kilas mempunyai ciri pukulan mengelirukan dan mengejut.
Untuk genggaman tangan kanan, titik sentuhan yang ideal adalah sedikit ke kiri daripada tengah di hadapan badan, dari fasa menaik ke hampir ketinggian puncak.
Kekuatan hayunan
Daya yang dikenakan pada raket oleh tangan yang memukul semasa hayunan.
Hayunan yang lebih kuat membolehkan pukulan yang lebih pantas, menambahkan kesukaran pihak lawan untuk mengembalikan bola. Untuk membuat pukulan berkuasa yang berkelajuan tinggi:
Selaraskan anggota tangan, kaki dan badan. Jangan bergantung hanya pada kekuatan pergelangan tangan dan lengan. Gerakkan otot dalam susunan yang lancar dan terkawal untuk menumpukan kuasa.
Hayunan persediaan hendaklah lancar dan cekap.
Pilih titik sentuhan dan sudut yang optimum untuk pukulan.
4 Kembalikan raket kepada keadaan bersedia dengan pantas untuk pukulan seterusnya.
Unit: Newton.
Kelajuan bola
Kelajuan bola semasa ia bergerak melalui udara selepas dipukul.
Kelajuan bola yang lebih cepat lebih menyukarkan pihak lawan unutk mengembalikan bola.
Unit: km/j.
Kecekapan pukulan
Menilai keberkesanan kuasa hayunan dipindahkan kepada bola, berdasarkan kepada kuasa hayunan dan kelajuan bola. Kecekapan yang tinggi menunjukkan kawalan bola yang lebih baik.
Pengagihan rally
Menganalisis bilangan pukulan dan jenis pukulan untuk mengira perkadaran rally serangan, neutral dan pertahanan dalam sesi ini, membantu anda memahami gaya permainan anda.
Rally serangan: Anda mengambil inisiatif, mengawal kelajuan dan jelas bertujuan untuk mendapatkan mata.
Rally pertahanan: Anda menumpukan kepada pertahanan—seperti memblok dan memotong—untuk mengendalikan pukulan yang datang dan kekal konsisten.
Rally neutral: Kedua-dua belah sama padan, dengan pertukaran yang berpanjangan dan dinamik serangan-pertahanan yang seimbang.
Prestasi senaman
Penilaian keseluruhan sesi ini berdasarkan serangan, ketahanan, kuasa eksplosif, konfrontasi, senaman dan kuasa.
Indeks serangan: Indeks ini adalah untuk menilai prestasi serangan anda semasa sukan tersebut. Ia dikira berdasarkan kelajuan dan kekuatan hayunan. Lebih pantas kelajuan hayunan dan lebih besar kekuatan hayunan, lebih tinggi indeks serangan.
Indeks ketahanan: Indeks ini adalah untuk menilai berapa lama badan anda boleh bertahan semasa sukan tersebut. Ia dikira berdasarkan bilangan hayunan. Lebih banyak hayunan yang anda buat, lebih tinggi indeks ketahanan.
Indeks kuasa eksplosif: Indeks ini adalah untuk menilai keupayaan anda untuk menghasilkan daya eksplosif dalam masa yang singkat. Ia adalah prestasi menyeluruh kuasa, kelajuan, teknik, ketangkasan dan koordinasi anda.
Indeks konfrontasi: Indeks ini adalah untuk menilai intensiti konfrontasi semasa aktiviti sukan tersebut. Ia dikira berdasarkan kekerapan hayunan. Semakin tinggi kekerapan hayunan, semakin tinggi indeks konfrontasi.
Indeks senaman: Indeks ini adalah untuk menilai kesan senaman aerobik anda sepanjang masa bersukan itu. Ia dikira berdasarkan kesan senaman aerobik.
Indeks kuasa: Indeks ini adalah untuk menilai kekuatan dan ketepatan pukulan anda semasa bersukan itu. Ia dikira berdasarkan nilai kekuatan hayunan teratas dalam setiap sukan.